assalamualaikum seme....hari nie ja ingin berkongsi tentang jenis-jenis fabrik batik yang terdapat di pasaran sekarang..semoga kita dapat tau jenis yang dijual dan tak mudah tertipu dengan penjual yang inginkan keuntungan semata-mata..Kebanyakkan orang terengganu jarang terkena tp kalu orang luar yang datang sekali sekala untuk beli sutera kena baca nie sbg panduan..deh..
Design
Batik & Jenis-jenis Fabrik
- Terkini Satin Crepe
– paling mahal memberikan efek sutera satin di satu permukaan kain dan
efek crepe di sebelah permukaan lagi satu. Kedua-dua belah muka kain boleh
dipakai utk dibuat baju.
- Crepe
– kedua mahal. Kain sejuk, nipis, lembut beralun tapi tak perlu kain
alas.
- Scifon
– seperti crepe tapi lebih nipis, kadangkala perlu alas jika warna lembut.
- Jacquard –
kain sutera bercorak timbul. Kain lembut beralun tak perlu alas.
- Sutera satin – seperti jacquard tapi tanpa/sedikit corak timbul.
- Satin
– licin berkilat.
- Rayon
– seperti sutera tapi kain agak keras. Harganya agak murah kerana kualiti
kain yang agak rendah.
- Fuji
– seperti cotton, tapi sedikit berkilat. Amat selesa untuk pakaian santai
tapi tidak sesuai untuk pakaian kerja atau menghadiri majlis.
*** Info di atas DISUSUN MENGIKUT JENIS KAIN DAN HARGA (mengikut pasaran
batik pasang yang ada sekarang)
*** Perbezaan harga bergantung kepada jenis dan kualiti kain serta
pelbagai adunan corak batik. Corak dikenali dengan pelbagai nama antaranya air
brush, pelangi, buih, kontra, jalur mas dan sebagainya.
untuk makluman seme Terianggano Batik setakat nie hanya menjual batik sutera jenis Crepe,Jacquard,Cifon crepe..sahaja..Insyaallah jika ader rezeki ja akan tambah lagi jenis fabrik batik mengikut pasaran...dan kehendak pelanggan..amin...